Monday, December 15, 2014

Aquaponics - update 2

Nampaknya , aquapinic aku berjalan lancar, hari setelah hampir seminggu sudah nampak biji biji yg dibenam dalam growbed sudah mula keluarkan tunas..

Minggu lepas , ada orang yg dah give up dgn aquaponics nak jual semua hydrotons dia, dengan harga yg agak murah .. Aku pun pegi beli..hajatnya nak beli hydroton saja,,tapi dia bagi terus dgn bekas biru growbed dan juga tempat bela ikan dia (percuma) .. Peluang tuu..kebas ler ..
Nampaknya aku kena buat para lagi utk growbed nii .. 

Monday, December 8, 2014

aquaponics - status update - 1

update - Disember 2014.

Setelah mencuba berbagai cara, akhirnya aquaponics aku berjalan dengan lancar.
Ini adalah sedikit gambar , aquaponics aku ..
growbed tambahan untuk ditambah kpd sistem yg sedia ada

bekas hitam yg mengandungi ikan ikan, buat masa ini ada ikan tilapia dan juga lampam hitam.


growbed , dan juga sump tank untuk air dari growbed dan juga tangki ikan.

benih benih percubaan yang sudah mula tumbuh.

sump tank
secara kasar .. air akan di pam ke growbed dan juga tangki ikan.
air yg berlebihan di growbed dan juga tangki ikan akan mengalir ke sump tank ini.

masalah sekarang, ialah menjaga supaya air di sump tank tidak tepu (overflow) yang akan mengakibatkan kekeringan dan masalah di seluruh sistem.





Wednesday, December 3, 2014

aquaponic - design

ada bermacam macam jenis rekabentuk aquaponic . secara kasar nya boleh dibuat spt gambarajah ini.


air dari tangki ikan di pam ke tempat takongan pokok dan lebihan nya disalorkan semula ketangki ikan. Pusingan ini akan berterusan sehingga pam air di tutup.


Apa itu aquaponic

Entah macam mana tiba tiba timbul pulak keinginan untuk mencuba aquaponic .

Aquaponic bermaksud menanam tumbuh-tumbuhan menggunakan air dan di gabungkan dengan ternak ikan.
Sistem ini agak unik dimana, kita tidak perlu membajakan pokok yg kita tanam, seperti sayur, buah-buahan. Pokok ini menggunakan air yang mengandungi bahan kumbahan daripada ikan yang kita bela.

Bagaimana aquaponic berfungsi ?.